Rabu, 18 Jun 2008

YUNUS DAH BOLEH ANGKAT BEG!


Terengganu gagal ke final FA kerana Yunus menurunkan pemain import baru yang tidak tahu bermain bola (walaupun sudah bermain dua game) & lambat mengeluarkan pemain itu. Semasa saingan Piala Malaysia, Terengganu vs Selangor 1 - 1 (tempat sendiri), Piala FA Selangor vs Terengganu kalah 2 -1 (tempat lawan) & tempat sendiri seri lagi menyebabkan Terengganu gagal ke Final. Sekiranya Yunus tidak menurun pemain import baru, kemungkinan besar Terengganu boleh menang. Yunus hanya menukar pemain import (apabila penonton naik angin) dengan memasuki Manaf Mamat pada permainan berbaki 40 minit lagi. Baru corak permainan berubah. tetapi sudah terlambat. Jika tengok prestasi Liga super, Terengganu kalah tempat sendiri sebanyak 3 kali angkara Yunus gagal & lambat menukarkan pemain yang merosot. Yang hairannya penonton lebih pandai menilai pemain samada boleh bermain atau tidak berbanding dengan Yunus yang sudah lama berkecimpung dilapangan bolasepak.

Tiada ulasan: